Sunday, December 7, 2008
Dengan kehadiran Hari Raya Aidil Adha esok, lagu baru nyanyian Taufik Batisah & Hady Mirza yang diambil dari album terbaru Taufik sangat bermakna sekali kedangarannya. Melodinya indah, senikata mudah difahami...akan aku cuba untuk mengupas lagu ini dengan seikhlas-ikhlasnya;
KEPADANYA - Taufik Batisah feat. Hady Mirza Jiwa terseksa Hina terasa Berikan ku pelita Hadirkan cahaya
Kekadang kiter merasa kerdil dengan segala cubaan yang dilemparkan daripadaNYA. Walau berat mana sesuatu masalah itu ataupun sengsara kita menghadapinya, selalulah bertaqwa kepadaNya untuk menerima pentujuk dan keredhaanNYA.
Ku masih tertanya Kemana arahku Untuk hidup di dunia Beriku petanda
Kekadang kita kebuntuan dan pasrah apabila dilanda kergersangan hati & jiwa. Namun kewujudan kita di alam yang fanar ini patut menuruti ketentuanNya, mengerjakan apa yg diperintah dan menghindar segala yang dilarangNYa, supaya hidup kita sentiasa dilindungi dan dicucuhri rahmatNYa.
Wahai manusia Sedarlah dirimu Hidup di dunia, hanya sementara Dekatkan diri padaNya
Seperti yang selalu diingatkan, kehidupan kita di dunia Allah swt hanya pinjaman sahaja, dari itu mintalah pentujukNya setiap kali kita berdoa dan bersyukur kepadaNYa.
Arahkan dirimu... KepadaNya
Dan bila kau tertanya Kemanakah hala jalan, hidupmu Ialah jawapan, untukmu
Acapkali kita terlalai dengan kehidupan dunia dan kepesatannya, bangkitkan kerohanian kita terhadapNya dan mohon doa agar kita sentiasa dikategorikan dalam golongan orang-orang yang beriman. Insya Allah.
Aku pasti lagu ini akan menjadi pilihan DJ radio setiap kali berakhirnya azan berkumandang. Tahniah kepada Taufik kerana lahirnya album terbarunya.
Akhir sekali aku ingin mengucapkan kepada umat Islam semuanya SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA.
Labels: Music
12:19 AM
|
|